Kumar Pemain Lelaki Terbaik Asia
Monday, January 17, 2011
@ 8:33 PM
![]() |
S Kumar |
Pengiktirafan itu melakar kejayaan Kumar sebagai pemain Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu, yang sebelum ini dipegang You Hyo Sik dari Korea Selatan.
Walaupun menerima pengiktirafan secara individu, ternyata jaguh berusia 32 tahun yang beraksi untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada saingan Liga Hoki Malaysia itu tidak melupakan rakan seangkatan dengan menyatakan mereka berkerja sebagai satu unit. “Saya berjaya meraih anugerah ini disebabkan rakan sepasukan. Kejayaan skuad negara bukan bergantung kepada saya seorang saja sebaliknya faktor utama kerana kami beraksi sebagai satu unit yang padu dan mempamerkan semangat juang tinggi.
“Oleh itu, kejayaan ini umpama pencapaian pasukan. Anugerah ini mendorong saya untuk tampil lebih baik pada kejohanan utama akan datang,” katanya, selepas majlis penyampaian anugerah itu, semalam. Majlis disempurnakan oleh Presiden AHF, Sultan Azlan Shah.
Turut memenangi anugerah sama adalah Park Mih Yun dari Korea bagi kategori pemain terbaik wanita, remaja lelaki, Syed Kashif Shah dari Pakistan dan remaja wanita, Zhao Yudiao dari China.
Susulan meletakkan sasaran untuk tampil lebih hebat, pemain kelahiran Tampin, Negeri Sembilan itu berjanji memberi persembahan terpuji dalam semua kejohanan utama tahun ini dengan memastikan gawang negara tidak dibolosi. “Sasaran utama saya pastinya kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012 yang diambil kira dari prestasi kejohanan sepanjang tahun lalu khususnya Sukan Komanwel dan Asia serta kejohanan di Cabaran Juara-juara, di Afrika Selatan, hujung tahun ini,” katanya.
Mengulas kedudukan hoki negara, Kumar berkata, bukan mudah meraih kilauan pingat perak di Sukan Asia dan sebab itu ia dianggap satu kejayaan hebat.
“Walaupun tidak meraih emas, kami mencipta sejarah dengan kejayaan pingat perak pertama buat negara. Bukan mudah untuk sampai ke tahap itu kerana cabaran memang sengit, terutama daripada Pakistan yang muncul juara,” katanya. - Harian Metro
Currently have 0 comments: