Cooler Malaysia

Cooler Malaysia Cooler Malaysia

Tokek digilai pemburu haram

Tokek digilai pemburu haram Tokek digilai pemburu haram

AFF Suzuki 2010 : Rajagobal's Midas touch

AFF Suzuki 2010 : Rajagobal's Midas touch AFF Suzuki 2010 : Rajagobal's Midas touch

AFF Suzuki 2010 : Malaysia clinches victory at the Gelora Bung Karno Stadium

AFF Suzuki 2010 : Malaysia clinches victory at the Gelora Bung Karno Stadium AFF Suzuki 2010 : Malaysia clinches victory at the Gelora Bung Karno Stadium

AFF Suzuki 2010 : Fiery atmosphere at the Gelora Bung Karno Stadium

AFF Suzuki 2010 : Fiery atmosphere at the Gelora Bung Karno Stadium AFF Suzuki 2010 : Fiery atmosphere at the Gelora Bung Karno Stadium

AFF Suzuki 2010 : Garuda Patah Sayap

AFF Suzuki 2010 : Garuda Patah Sayap AFF Suzuki 2010 : Garuda Patah Sayap
Latest News

Kedah start to shine under Radhi

Monday, April 4, 2011 , under , | comments (0)



Kuala Lumpur’s Azmi Sarmin (left) fights for the ball with Kedah’s Khairul Helmi Johari in their match on Saturday.
AFTER just two matches in charge, Radhi Mat Din has succeeded in turning around the fortunes of Kedah but he still has some way to go to win over the fans.

Saturday's 1-0 Super League success against Kuala Lumpur in Cheras followed a 2-1 home win over Terengganu prior to the international break, which came after Radhi took over the reins from Ahmad Yusoff who was "rested".

But Kedah still needed a last minute winner from Azmi Muslim to snatch the three points and Radhi was the first to admit that there remains much to do.


"Our first half performance was neither here nor there. That was not the real Kedah. Had KL scored, there would have been no way back for us," said Radhi after the match at KLFA Stadium.

"But we did better in the second half, we pressed KL for 15-20 minutes, we were compact and able to hit them on the break with some success. We did not quite expect the goal to come so late."

Azmi volleyed home from outside the box after Norazlan Razali's punch off a corner did not get much distance although KL should have been given a free-kick as the KL goalkeeper appeared to have been fouled but referee Anuar Che Husin allowed play to carry on.


The win lifted Kedah to sixth place in the table ahead of their home game against Johor FC tomorrow with Radhi insisting the winning mentality is back even as the Kedah Ultras unveiled a banner criticising manager Datuk Khazali Din.

"During the break, we had a chance to right what was wrong and we used the two weeks to lift the morale of the players. We need time to make progress and improve the level of the players," added Radhi, who captained Kedah's 1993 Malaysia Cup-winning team.

Radhi has a concern over Sabre Mat Abu when they take on Johor FC after the midfielder was replaced at half-time with an injury while right-back V. Thirumurugan also hobbled off in the second half.


KL, who have not scored from open play in their last six matches, dropped to 11th in the table with coach Razip Ismail still puzzling over his non-firing strikers.

Injuries have also robbed KL of playmaker Azwan Malek and defenders Farouk Hashim and Farid Ramli. They travel to Paroi to face Negri Sembilan tomorrow.-nst

APRC - Proton laung amaran awal




Chris Atkinson dan Alister McRae daripada pasukan Proton Motorsports menjuarai Rali Malaysia pada majlis penyampaian hadiah di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU - Proton Motorsports melaungkan amaran awal niatnya untuk merampas gelaran keseluruhan Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC) 2011 apabila kedua-dua pelumbanya, Chris Atkinson dan Alister McRae meraih kedudukan 1-3 pada pusingan pertama Rali Malaysia yang menutup tirai, semalam.

Memulakan peringkat kedua sebagai pendahulu, pemandu kelahiran Australia, Atkinson meneruskan pemanduan konsisten untuk memastikan kejuaraan miliknya dengan catatan masa 3 jam 14 minit 49.4 saat, berada di depan pencabarnya Gaurav Gill (3 jam 16 minit 25.9 saat) dari pasukan MRF iaitu dengan jurang 1 minit 36.6 saat.

Rakan sepasukan Atkinson, McRae dari Scotland yang sedar misi mengejar Gill di tempat kedua mustahil, juga mengekalkan rentaknya bagi memastikan Proton tidak tercicir mata penting dengan menamatkan saingan di tempat ketiga dengan rekod masa 3 jam 23 minit 37.5 saat.

Peringkat kedua semalam menampilkan tujuh Super Stage (SS) berjarak 79.8 kilometer, sekali gus melengkapkan saingan keseluruhan 15 SS sejauh 233.76km untuk kesemua tiga hari perlumbaan.

Kemenangan Atkinson itu amat bermakna buat dirinya kerana dia akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan tujuh tahun sejak menjuarai FIA Super 1,600 Asia Pasifik pada 2004.

Begitu juga kepada penunjuk arahnya, Stephane Prevot dari Belgium yang beraksi pada perlumbaan rali ke-300 peribadinya.

"Satu kemenangan besar kepada diri saya dan juga seluruh pasukan Proton. Kereta cukup sempurna, lancar dan kepantasannya begitu terserlah sepanjang perlumbaan.

"Lebih menggembirakan, kami menang di gelanggang sendiri," katanya yang ditemui selepas tamat SS15 yang juga terakhir di Plaza Angsana, semalam.

Ditanya sama ada Gill memberi tekanan kepadanya selaku pendahulu, jelas Atkinson, dia tenang dan memilih untuk memandu secara berhati-hati untuk mengekalkan jurang satu minit setengah hingga dua minit di hadapan pemandu India itu.

"Saya sepatutnya mampu pergi lebih pantas, tetapi tiada keperluan untuk berbuat demikian," jelasnya.

McRae yang dihantui masalah kepanasan melampau pada enjin kereta sejak kelmarin lega dia berjaya menaiki podium dan memperolehi mata penting untuk pasukannya.

"Masalah kepanasan enjin timbul lagi hari ini, saya tidak dapat menambah kelajuan dan melakukan apa yang sepatutnya iaitu menghabiskan saingan di tempat ketiga. Satu permulaan cemerlang untuk Proton, saya tidak sabar menantikan kehadiran pusingan kedua," ujarnya.

Pada Rali Malaysia edisi lalu, Proton sekadar menduduki tempat keempat menerusi Atkinson manakala McRae gagal menamatkan saingan.

Pusingan kedua APRC akan berlangsung di Rali Antarabangsa Queensland, Australia pada 13-15 Mei depan.

Sementara itu, dalam saingan Kejohanan Rali Malaysia AAM yang berlangsung serentak, pemandu China, Fan Fan muncul juara dan diikuti pemandu tempatan, Muhammad Rafiq Udhaya di tempat kedua sementara tempat ketiga diraih Aji Kim dari Jepun.

Fan Fan dan Muhammad Rafiq yang juga bertanding untuk APRC, masing-masing berada di kedudukan kelima dan keenam daripada sejumlah 11 pelumba. -utusan

Zulfahmi buat kejutan di Jerez




pelumba pasukan Airasia-Sic-Ajo, Zulfahmi Khairuddin (depan) memecut di selekoh dalam kategori 125cc untuk menghabiskan perlumbaan di tempat ke-10 Grand Prix Sepanyol dekat Jerez, semalam. - AFP
KUALA LUMPUR - Perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Jerez memberi tuah buat Muhammad Zulfahmi Khairuddin apabila menduduki tempat ke-10 dan meraih enam mata bagi kategori 125cc di Litar Jerez, semalam.

Pelumba berusia 19 tahun itu meraih matanya yang pertama dan memperbaiki prestasi selepas menduduki tempat ke-19 pada perlumbaan pembuka tirai 2011 di Grand Prix Qatar bulan lepas di Litar Antarabangsa Losail.

Menurut pelumba kelahiran Banting itu yang mewakili pasukan Airasia-Sic-Ajo, dia sangat gembira dengan keputusan 10 terbaik itu selepas melakukan permulaan yang baik walaupun beraksi dalam keadaan hujan.

"Beraksi dalam hujan menuntut kesabaran yang tinggi tetapi saya yakin mampu memberikan prestasi terbaik, kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan jentera sepanjang perlumbaan," katanya melalui kenyataan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, semua orang sangat gembira dengan keputusan tersebut dan dia amat berterima kasih kepada pasukannya serta penaja kerana memberi kepercayaan sepenuhnya kepadanya walaupun gagal beraksi baik di Qatar sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, dia sangat gembira dengan prestasi yang dipamerkan Zulfahmi kerana semua orang tahu bahawa Litar Jerez adalah litar yang sering dikuasai oleh pelumba Sepanyol, Itali serta negara lain dari Eropah.

Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Nicolas Terol dari Bankia Aspar, manakala Jonas Folger (Red Bull Ajo MotorSport) menduduki tempat kedua, Johann Zarco dari Avant-AirAsia-Ajo di tempat ketiga. -Utusan

Harimau Malaya ikat Etoile FC +video

Sunday, March 27, 2011 , under , , | comments (0)



AHMAD Fakhri (kanan) berebut dengan pemain Etoile FC, Piere Nlate pada perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi. Perlawanan berkesudahan seri 1-1. (Bharian)
Malaysia seri 1-1 dalam aksi menentang Etoile FC

SINGAPURA – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi.

Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.

Etoile turut memiliki dua peluang terbaik pada babak pertama tetapi kedua-dua tandukan penyerangnya, Jonathan Toto pada minit ke-18 dan 39 sekadar menggegar palang gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.

Bermula babak kedua, Rajagobal membuat empat pertukaran dengan memasukkan Sharbinee Allawee Ramli, Fadhli Shas, Azidan Sarudin dan Ashari Samsudin menggantikan Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Amar Rohidan dan S. Kunanlan.

Namun Etoile pula yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil rembatan kencang pemain tengah, Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti setelah memperdaya kapten Malaysia, Safiq Rahim.

Malaysia selepas itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Ashari (minit 72 dan 81) dan Norshahrul Idlan Talaha (88) berjaya diselamatkan Trilles tatkala Sharbinee di gawang Malaysia turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Etoile.

Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia mengambil risiko dengan membuat 10 pertukaran pemain sepanjang babak kedua bagi memberi peluang kepada ramai pemain mendapat pengalaman beraksi.

“Secara keseluruhan, saya puji komitmen tinggi para pemain yang bertahan dengan baik pada 10 minit terakhir dan kita turut hampir mendapat gol menerusi serangan balas,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! Ahad selepas perlawanan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Safee Sali yang tidak dipanggil Rajagobal kali ini berjaya meledak dua gol untuk kelabnya, Pelita Jaya menewaskan Bontang FC 2-1 pada aksi Liga Super Indonesia di tempat lawan petang semalam.- kosmo


Titik gempa hampiri Malaysia





KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.-kosmo

Chong Wei juara lagi

Monday, March 14, 2011 , under , | comments (0)



CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi.

Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit.

Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18. Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Gay casanova cheats 193 victims +video

Thursday, March 10, 2011 , under , | comments (0)




Gay casanova cheats 193 victims

A HIV positive gay casanova targeting young men is believed to have swindled at least RM10,000 and also cheated them into having sexual intercourse with him.-thestaronline.tv


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...